Jumaat, 4 November 2011

http://sujudlahamba.blogspot.com/

mungkin ada hikmah sistem blog ne down hari ini


            selepas membaiki kerosakkan pada blog ini, satu perkara yang menerja ke kotak fikiran ana. hendak menukar address blog ini. sebab ramai pengkritik yang mengkritik address sepasanghati19. "poyo lah,  capub lah( cari publisiti ar). sapalah nak berpasangngan dengan hati kau tu."  antara ayat yang di buang ke arah ana.



      memandangkan hari ini hari Arafah, jadi moga adrees yang baru ana fikirkan ni lebih bagus dan baik.
     


          Tetapi ana masih mengekalkan misi blog ini iaitu menarik semua manusia mencintai Allah dan rasul. Meninggalkan cinta palsu yang melalaikan manusia, tidak kiralah cinta kepada wanita/lelaki/ harta mahupun pangkat.



          Diharap Adrees ini lebih islamic dan mendalam maksudnya, moga para pembaca dapat manfaat daripada ayat-ayat yang ana paterikan sendiri. dengan izin Allah.


~Abdul Habib~
http://sujudlahamba.blogspot.com/
menuju CINTA ILAHI

hayatilah makna "sujudlahamba"

kerosakkan teknikal

adanya blog ini terkena virus dan kesilapan teknikal.
jadi mungkin mengambil masa beberapa ketika untuk dibaiki.



sekian harap maklum.

selalulah mengingati Allah

apalah gunanya jasad ini jika,
hati ini sering lupa kepadaMu,
jika hati ini sering mengingatiMu,
mengapakah tuan punya jasad ini,
masih bermandikan dengan maksiat?


 dengar penmintaan ku ini
"izinkanlah sang pendosa ini mencintai MU,
walaupun hanya sedetik lebih."
~Abdul Habib~

cinta itu fitrah manusia






menuju CINTA ILAHI
~AbdulHabib~

Nasihat sahabat se‘penyampaian’

Ketika dalam bas, kebetulan masa itu ana duduk kerusi paling belakang. Ketika bas hendak meluncur ke jalan raya, dua orang pemuda indonesia lantas menempatkan diri di dalam bas. Salah seorang daripada mereka melabuhkan punggung betul-betul di belakang kerusi yang sedang ana beradu.


`



“assalammua’laikum” ana membuka bicara. Langsung pemuda tadi menjawab “waa’laikumusalamwarahmatullah.” lantas mengecopkan senyuman manis. “Abg asal indonesia ke? Kalau indonesia dekat mana?” ana saja nak memastikan asal-usul pemuda tadi. “sumatera.” Ringkas jawapan lelaki tadi. Ana lihat perwatakan kedua-dua pemuda tadi sungguh tenang. Walaupun pakaian yang dikenakan ke atas diri mereka kelihatan asing, tetapi mereka langsung tidak mengedahkan pandangan orang di sekeliling.




“menyampaikan?” soalan yang ana lantunkan. Lelaki itu menganguk tanda benar. Ketika ini ana rasa iman ini semakin berkurangan. Mungkin berkata-kata dengan pemuda ini dapat mengecas kembali iman dan takwa dalam hati ana. Jadi ana pun mendengar bicara pemuda yang bernama ‘Hanzalah’ ini.. “abg dah keluar berapa hari?” soalan pertama yang dipanahkan ke arah gua telinganya. “sudah 6 bulan. Abg duduk dekat ulu-perak. Menoreh getah sebab nak cari duit duduk di malaysia ini. kami duduk berdua saje.” Sambil menujukan jari kearah rakannya.





“abg duduk dekat pondok di indonesia tak lama Cuma 1o tahun. Ni abg pingin bangat hendak keluar 1 tahun. Sekarang abg nak hendak beraya di rumah teman. Ustaz hafiz. Tinggal di sekolah tahfiz.” Ana dapatlah mengenal pemuda ini kerana di memperkenalkan diri secara terprinci. Walaupun suasana di dalam bas agak bising.





“ carilah dunia seperti kamu akan hidup selamanya dan carilah akhiratmu seakan kamu akan mati keesokan harinya. Apa yang adik lakukan kalau esok kamu akan mati. Pasti adik akan beribadah sama Allah dengan bersungguh-sungguh. Dan kalau adik sudah diberi kesempatan untuk hidup di dunia selama-lamanya pasti adik akan berkerja keras untuk mencari wang kosnya di dunia, betul kan? Jadi pasti adik.. itu ambil akhirat sebab esok adik akan mati. Pasti juga.. akan adik menanggis betul-betul supaya Allah mengampunkan dosa adik. Kerana adik rasa adik banyak dosa sama Allah. adik harap Allah bagi ampun pada adik.” Suana dalam bas sunyi. Ketika itu jugak bas sedang bertapak di hadapan lampu isyarat. Menunggu untuk berjalan kembali.




kita bukannya menolak dunia tetapi hanya mengambil dunia seadanya.” Lancar kata-kata pemuda tadi. Seberti perwatakannya juga.



Kata-kata orang yang asing ini betul-betul seperti ‘hammer’yang sedang mengetuk-ngetuk pintu hati ini. ana sangat tenang mendengar nashat orang ini. hati ini seperti seorang yang banyak melakukan dosa. Dosa yang menghitamkan hati. “Siapalah diri ini jika dibandingkan dengan kamu.” Sedikit hati ana berkata-kata.


“Berapa umur.. adik?” soalan pertama yang ditujukan kepada ana memecahkan cermin yang lamunan yang sedang bermain-main di kotak fikiran in. Ana Cuma cakap “16 tahun.” “Adik masih muda, seperti umur adik saya. ” sambung bicaranya dengan di sulam senyuman. Wajah lelaki ini seperti bercahaya dan sangat berseri.


“ikan yang tinggal di laut yang luas jika kamu letakan di sungai pasti ia akan mati. Betul kan... Begitulah kita sebagai manusia dik. Kalau Allah sudah tetapkan kita manusia yang bahagia dengan agama. Jadi kalau kita mencari agama pasti hati kita tenang. Pasti kita akan succes.” Bicaranya dengan agak yakin.


Jika dahulu rasul lihat batu yang sedang mengalirkan air mata. Lantas rasul berdoa supaya dapat berbicara engan batu itu. rasullulah bertanya kepada batu “ hai batu, mengapa kau menangis.” Lantas saja batu itu bercakap “rasullulah aku takut, kerana Allah akan menjadikan aku bahan api neraka.” Rasullulah pun berdoa agar batu ini tidak masuk ke dalam neraka. Selepas itu batu itu pun tetap mengeluarkan air mata. Makanya rasullulah bertanya “ wahai batu mengapakah engkau masih menangis.” Aku sangat bersyukur, ya rasullulah kerana engkau mendoakan aku.”



Kita lihat, walaupun batu itu bukanlah manusia, tetapi ia tetap menangis kerana takut kelak allah akan mencampakkanya ke dalam neraka. Mengapa kita sebagai khalifah di muka bumi ini tidak menanggis kerana mungkin kelak kita akan menjadi bahan bakar api neraka? Jika kita diberi nikmat, mengapa kita tidak menangis seperti batu ini?”soalan-soalan yang ditujukan kepada ana. Cerita yang sangat memberi pengajaran kepada ana. Batu yang menanggis.


Tiba tiba bas berhenti. Rupanya sudah tiba di destinasi. Kami bertukar-tukaar nombar telefon. Kemudian pemuda ini terus menaiki sebuah kereta yang di letakan berdekatan bas station. Kereta itu meluncur laju meninggalkan ana.




~Abdul Habib~

>Menuju CINTA ILAHI<

9.05 A.M.

sayangngilah umi dan abi kita


Hari ini cuaca di sangat baik. “emm tak sabar rasenya nak jumpa mereka. Orang yang teristimewa.” Kata-kata ini terucap dengan sendirinya di dalam hati abdul. Sebenarnya abdul sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak jauh di timur tanah air.

*************************************



“Emak sihat, ayah belum balik lagi ye? Tak nampak pun motor ayah pun.” Abdul terus memeluk uminya yang sedang berdiri di hadapan kuwak pintu rumahnya. Di wajah puan zainab terpancar cahaya kegembiraan selepas dapat melepaskan air kerinduan kepada anaknya yang selama ini berbuak-buak di empangan hatinya. “Hari ini ayah kamu kerja ‘over time’ mungkin dia balik dalam pukul 9 malam. Katanya nak cari duit lebih, maklumlah nak bayar yuran universiti kau yang tertunggak tu.” Jawab umi dengan ringkas. Selama ini ayahnya bersungguh-sungguh nak mendaftarkan anaknya ke universiti petronas. Dia tak nak jadi macam nasib dirinya yang cuma ada sijil SRP. Ayah abdul hanya kerja di kilang minyak yang terletak 40 kilometer dari rumah yang sedang di duduki mereka sekeluarga. “umi abang ngah ngatuk ar. Panglima mahu beradu di kamar dulu ye.” Abdul sempat melakukakan memek muka manja di hadapan uminya. “tidur lah wahai panglima, nanti kirim salam dengan puteri cina yang panglima selalu ketemu di ruang mimpi panglima tau. Tanya kat dia, ibunda panglima ingin mengtahui adakah sang puteri sudi menerima mahar? Kalau belum, ibunda mahu puteri menjadi ahli kepada keluarga kami.” Begitulah kehidupan bahagia mereka dua beranak. Ruang yang senggah di isi dengan gurau-senda

***********************************



Abdul terjaga dari tidurnya. Dia terus menuju ke tandas untuk mengambil wuduk dan mendirikan solat tahajjud. Hatinya terpana apabila melemparkan pandangan ke arah tubuh seorang lelaki yang tertidur di atas hamparan sehelai sejadah. “ayah, besarnya pengorbanan mu.” Di tangan ayahnya terdapat sehelai kertas. Jenis motorcar: LC, nombor pendaftaran: AKU 7721. “ayah besarnya pengorbanan yang kau hiasai di samping anak-anakmu. Ayat ini berulang mengisi kotak hati yang kosong. Dirimu tak mengeluh. Berkerja untuk membina mahligai kesenangan keluarga.” Butiran kaca keluar dari celahan mata abdul. Lantas pecah apabila mencapai lantai rumahnya.

***********************************



Aku mengambil selimut dan membalut tubuh yang kaku di atas mesin jahit. Tersegam indah sehelai baju sejuk yang tergantung di celahan cermin tingkap. “ umi, kat sini cuacanya sejuk sikit ar. Tu yang abang batuk-batuk ni.” Keluahan suara abdul ketika menelefon uminya semasa hari pertama mendaftar di universiti.” Di bahu baju sejuk itu tertulis‘yang teristimewa’. Lantas abdul berdiri. Mulutnya berkumat-kamit. Suara kecil esakannya mengisi ruang sunyi malam.


“Ya Allah, ampunilah dosa umi dan abi ku. Engkau lindungilah mereka seperti mereka melingdungi aku, Engkau jagalah mereka sebagai mana mereka menjaga aku, Engkau golongkanlah mereka di kalangan hambamu yang beriman” pinta abdul dengan hati yang tunduk di hadapan Sang pencipta. Hatinya tenang selepas mendirikan solat tahajjud.

*****************************************************


“Rijal,jaga diri kat universiti tu. Jangan kau bawak anak dara orang bila abi dah bagi binatang ni. Kalau tak nanti abi tolak balik binatang ni kat kedai pak abu tu” nasihat abi yang menyuruh abdul menggunakan motor yang dihadiahkannya dengan baik. Di badannya, tersemat perkataan yang teristimewa yang berwarna purple. Baju sejuk itu sangat cantik, ditambah lagi dengan sulaman benang yang tersulam dengan penuh kasih sayang. Baju itu seperti memberi kekuatan kepada Abdul Rijal. “ Umi, Abi hari ini abang ngah nak bagi tau rahsia yang terbesar dalam kamus hidup abang.





Sebenarnya. Sebenarnya abang ngan ‘sayang umi dan abi.”Lantas abdul lari menuju laut di hadapan rumahnya. “wahai dunia, dengarlah aku bermadah. Aku sayang dekat umi dan abi aku.” Abi dan umi hanya mencopkan senyuman di muka mereka. Ha.. anak ku, anak ku..

{ Ingatlah kawan-kawan, ibu bapa kita tak pernah meminta balasan atas jasa yang di diutusan kepada kita, yang mereka mahukan kita bahagia dan menghargai jasa mereka. Mereka tidak pernah mengeluh untuk memenuhi keperluan hidup kita, jadi mengapa kita tidak boleh membalas jasa umi dan abi kita dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Adakah anda sudah berterima kasih kepada sepasang ibubapa kita. Jika belum, marilah kita ucapkan kepada mereka. SAYA SAYANG UMI DAN ABI.... mungkin kata-kata kita dapat mengembirakan hati mereka.}

Petua yang termaktub

Dalam dunia yang sangat moden ini semakin banyak petua-petua hilang kerana tidak diamalkan. Orang dahulu apabila mengaji mereka sering mengkaji fadhail-fadhail yang termaktub di kitab. Mereka akan istiqamah mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya. Apabila anak mereka membesar maka tip-tip ini akan diturunkan sehinggalah ia menjadi amalan turun temurun.



Kalau diikutkan kebanyakan petua-petua ini memang sudah banyak terpateri di setiap helaian kitab yang ditulis oleh ulamak mahupun wali Allah yang hidup berlandaskan Al-quran dan hadis.

Antara tips yang termaktub ialah



*Jika kita hendak tidur di tempat yang kita tidak biasa kita tidur, maka kita bolehlah membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 41 kali, insyaAllah kita mendapat pelindungan.

( baba pernah sewaktu dahulu tidur didalanm hutan tetapi dia terhindar daripada dipijak gajah)





*anda semua mesti mengidam-idamkan suara yang merdu bukan. Jadi.. beruslah lidah anda selepas perus gigi pada waktu pagi maka nahtijahnya ia akan melembutkan lidah kita dan akan membuat kita membuang suara yang semerdu puteri kayangan.





*selepas bangun pagi. Campakan air kedalam anak mata anda. ai akan membuangkan selaput-selaput yang berlabuh di pintu anak mata manusia. Sekali gus mengelokkan mata.





*kalau anda ada adik mahupun anak yang pemikirannya kurang cekap. Maka eloklah anda membaca bismilah sebanyak 786 kiraannya,dan meniupkan ke arah setadah air. Dan memberinya minum.





*kalau hendak membeli motor atau kereta belilah yang mempunyai nombor yang menaik.



*carilah kenderaan yang nombornya bila tambah kesemua angka dan tolak secara berempat-empat ia akan berbaki 2. Contoh (abc 3722) jumlahnya ialah 14. Jika kita tolak 4 jadi 10 dan kita tolak lagi jadi 6 seterusnya kita tolak lagi maka akan menjadi 2. Nah inilah konklusinya.

~jika kita buat bakinya 1 maka kereta kita akan sering rosak

~jika bakinya tinggal 3 kesimpulannya pula akan menyebabkan kereta rosak dan tidak boleh dibaiki lagi.

Sumber guru pondok pasir tumboh, kelantan.

*kalau kita ada hilang barang mahupun orang maka banyakkanlah membaca laahaulawala.

(sahabat para zaman nabi, anaknya di culik. Beliau yang risau akan keadaan anaknya bertemu dengan nabi dengan harapan nabi boleh menyelesaikan masalahnya. Nabi menyuruh sahabat tadi supaya membaca laahaulawala sebanyak 100 kali. Cuaca pun berubah maka si anak tadi berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki seekor unta. Dengan takdir Allah 99 ekor unta yang lain juga mengikut anak sahabat ini tadi. Maka bila ditanyakan kepada nabi, apakah yang perlu dilakukannya dengan unta yang di bawa balik si cilik ini, maka nabi pun berkata ia rezeki Mu.